Want your
own Fotopage?







 
Amirul Hakim's Collections

By: noraida maya

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  [1]  2  >  >>]    [Archive]
Thursday, 17-May-2007 07:53 Email | Share | | Bookmark

 
 
 
 
 
 
 
 
 
View all 24 photos...
Hari ke 3: Mendaki gunung Mat Chinchang, Melepak, Layan Hakim main2 tepi Pantai Kok, dan berjalan ke rumah member.
Pergh, punyalah penat sebenarnya pi gunung mat chincang ni. Memanglah mendaki gunung tu naiknya guna kereta kabel. Syok aje layan gayat dari base station, naik ke station pertama. Mula2 naik station pertama tu, puncak gunung tu sejuk macam dalam aircond. Pemandangan kelabu semacam. Apa taknya, dikelilingi awan.. tapi kejap jelah. Pastu, bila dah clear, puas layan ambik gambar. Hmm.. hakim kalau bab possing ni serah kat dia. Tengah berjalan pun sempat berhenti kejap nak amik gambar.

Tak lama kat stn pertama ni, kitorang lari pulak ke stn kedua. Hakim macam biasa, steady aje dia dalam gondola tu. Jejak aje atas platform stn, wahhhh.. punya tak ingat berlari sini sana. Babahlah yang berkejar sana-sini nak tangkap dia. Pemandangan kat sini lagi cantik dengan banyak formasi batu kapur di puncak bukit bersebelahan.
Jeng-jeng-jeng... tang ni lah yang sebenarnya paling memenatkan. Actually dari stn pertama lagi dah nampak jambatan gantung ni. Tak sabar2 nak sampai ke jambatan gantung ni. Rupa2nya bila dah sampai kat stn kedua ni, barulah tau access nak ke jambatan gantung ni yg ada cuma jalan turun bukit. Dalam erti kata lain, membetis. Time turun, ewahh.. laju. Tak sampai jambatan gantung tu lagi pun dah senak kepala memikirkan camnalah nak memanjat ni nanti.

Sampai kat jambatan gantung tu, berbaloi rasa, indah sungguh bumi ciptaan tuhan ni. Hilang penat... tapi cam biasa, dah namanya jambatan gantung, mestilah gayat gak sikit2 melayan jambatan ni bergoyang kena tiup angin. Sampai stesen terhujung jambatan ni, si hakim rupanya tau penat jugak. Merengek2 kat mama. Letak aje beg, terus diterkamnya botol susu yang terjojol keluar dari poket beg. Siap landing tuhhh...

Sesi bergambar tamat, sampailah masa untuk turun. Eh.. memula kenalah daki dulu naik ke stn kedua. Bab nilah.. berpeluh sakan biarpun kat kawasan tu sejuk sebenarnya. Penat mak aihh.. Takde singgah mana2, terus beratur giliran nak naik gondola turun.

Hakim dukungnya bertukar tangan, dari babah bertukar tangan ke mama. Puas hati berjalan melayan kerenah si kecik ni walaupun aktiviti ni penat yg amat. Sampai bawah, lepas pusing2 tengok barang, beli tshirt, gift apa semua, naik keter, berderum babah bawak cari makan. Lepas makan, melawat telaga ayer hangat dulu. Hemm.. takde apa sangat pun kat sini. Orang pun takde.. ambik gambar serba sedikit, terus menuju ke Galeria Perdana. Pergh.. kat sini pun asal2nya memanglah nak tengok barang2 PM(B) Mahathir.. ikutkan dalam hati, mesti best ni sebab tempat ber aircond, dan sure barang2 cantik banyakkk.. tapi si hakim ni.. alahai anak omak.. dia bantai buat macam rumah sendiri.. Dah jadi gelanggang berkejar2 dia ngan babah..

Lepas tulah baru pegi ke rumah member babah kat Belibis Ewa. Siap solat maghrib, makan apa semua, barulah kitorang bergerak ke hotel. Sampai hotel, masing2 lepak kepenatan. Lepas borak2 sambil menidurkan si hakim ni, semua aktiviti tergendala hinggalah hari esok...

Salam lebaran buat ostad&maya sekeluarga.Mohon maaf zahir & batin.
Moga syawal tahun ini membawa lebih keberkatan & rahmat ALLAH buat kita semua.Amin.
From the 3 of us : huzaimy,Hanis&Humairah
Thu 11-Oct-2007 08:46
Posted by:ibu to NurNathifa  - [Link]
maya..ko ingat dak kat aku..intan kmkn..huhu dok pe laa klu x ingat..yg pasti mmg aku kenai hang..ehhehe..so Salam Aidilfitri eh.. Wed 7-Nov-2007 01:11
Posted by:intan  - [Link]
Mayaaaaa...igt kat aku tak? yg dulu kengkunun eLL...kawan jijah... Wed 16-Apr-2008 11:51
Posted by:Fazillah Kamal  - [Link]
View all 8 comments Add comment


Sunday, 6-May-2007 06:51 Email | Share | | Bookmark

ma n akimm
ma n akim lagi
kat baru bay
kat waterworld
kat waterworld2
kat waterworld3
View all 15 photos...
masuk second day kitorang kat langkawi ni, first thing pagi2 hari kitorang jalan kat awana. Ingatkan adalah lagi yatch yg banyak2 tu, reropanya semua dah pindah kat pantai kok. Tengok pulau2 jelah jawapnya. Bermulalah proses menghitamkan kulit hakim..
Bosan takde apa kat awana, kitorang terus ke baru bay. Sementara menantikan waterworld bukak, so pusing2 layan akim main pasir pantai kat baru bay ni. Tak lama kat situ, sambung pulak terus ke waterworld. Separuh hari aje dah habis kat situ. Lawak ngan si kecik hakim ni, takut ngan ikan rupanya. Asal dekat je ngan cermin akuarium tu, menjerit2 dia ketakutan.
Sampai tengahari kat situ, keluar aje dari waterworld tu, babah terus tapau makanan kat restoran seberang jalan then terus balik semula ke bilik. Akim dah start ngamuk2 kemengantukan..
Sambung petang lebih kurang kul 3 camtu, terpaksalah ke pekan kuah. Plan asalnya lambat lagi dalam hari ke 3 baru nak pegi ke pekan kuah.. tapi susu hakim dah nak habis. Terpaksa jugaklah pegi petang ni. Sempatlah bergambar sikit2 kat dataran helang tu.. memang ma dan babah lepak habis petang tu. Gilir2 kejar hakim yang tak reti nak penat berlari sana sini. Nasib baik hujan turun, semua masuk keter dan terus balik bilik. Babah bawak pusing2 ikut jalan jauh, sampai tanjung rhu, lalu teluk ewa, padang mat sirat than lewat asar baru sampai bilik..
Puhh.. kepenatan satu hari

Care to comment?


Saturday, 5-May-2007 07:57 Email | Share | | Bookmark
Trip to Langkawi!!

hotel registration
bilik
kepenatan
View all 8 photos...
Dah lama plan nak jalan2. Alhamdulillah kali ni lepas aje babah balik dari job india, selang seminggu rehat, terus babah ajak jalan gi langkawi. Flight dari senai-LCCT-Langkawi. Sampai langkawi lebih kurang kul 2pm++. Chartered satu kereta sewa biar senang nak pusing2 satu langkawi.
Dari airport dengan kereta sewa tulah babah terus bawak pusing2 cari makan than terus check in hotel. Actually, it's a resort. Holiday Villa kat area2 Pantai Cenang. Kesian kat hakim, seharian jalan tak rest2. Hakim ni kalau dah jalan bagusnya dia tak meragam melabur sana-sini. Dah sampai tempat yang proper, macam dah sampai kat resort ni, barulah dia balas dendam. . Tapi dalam pada tu, tak pandai pulak dia ni nak tidur senang2. Rela dia berjaga dari tidur biarpun badan dah penat mata dah layu. Anak babah anak babah... tengokla tu, memang dia bantai tidur kepenatan!!!

comeinyaaaaaaaaa hakim nihhh. Geyyam sungguh tgk mata dia, macam mata ko la maya . Awat tak taruk gamba byk2. Update cepat weh Tue 17-Jul-2007 02:42
Posted by:@ Puteri Mona @ Mamy Adam Kimy @ mona@agri.moa.my  - [Link]
Add comment


Tuesday, 12-Dec-2006 02:29 Email | Share | | Bookmark
Cuti Sekolah Datang Lagi...

 
 
 
View all 10 photos...
Walaupun hakim belum lagi masuk alam persekolahan, mama sajer aje nak update koleksi Hakim kat sini

biler dah besar, nak kata mcm muka ko pun ada, nak macam muka ustad pun ada... btw, kalu boley, biler ko amek gambo hakim, muka biar nmpk penuh & eye contact...
Gambar candid baby mmg best kalu shoot!!! Sebab karenah diorang mmg ikhlas! tak der malu2x...
Fri 12-Jan-2007 03:19
Posted by:ja  - [Link]
adakah ini noraida maya sutahar yang pernah ku kenali dulu??? Wed 16-May-2007 09:39
Posted by:ayu diana  - [Link]
iman rinduuu hakim...!!! Wed 20-Jun-2007 10:03
Posted by:ibu Iman  - [Link]
View all 4 comments Add comment


Wednesday, 1-Nov-2006 12:00 Email | Share | | Bookmark
HAPPY 1ST BIRTHDAY AMIRUL HAKIM

hadiah dari mama
dari sisi
apa la mama buat tu eh
View all 12 photos...
HAPPY BIRTHDAY TO YOU...HAPPY BIRTHDAY TO YOU...Happy Birthday sayang mama..1 November 2006 ni genapla umur hakim 1 tahun. Sayangnya mama x buat apa-apa majlis pun untuk hakim. Ingat nak sekalikan ngan open house tapi babah pun takde. Babah gi outstation ke Dubai selama 10 hari. Sedeynya tapi mama tetap kirimkan mms pics hakim. Nak belikan kek pun banayk lagi kek raya kat rumah. Jadi mama belikan hakim hadiah ajela. Apa namanya pun x tau. Hakim suka main steering kete babah. Jadi mama cuba carikan mainan yg ada steering. Hakim baru belajar nak jalan, jadi mama carikan ala-ala kereta tolak. Hakim suka joget2 bila dengar music..jadi mama belikan mainan yg ada music. Jadi..jumpala mama satu hadiah yg mama kira sesuai utk hakim...Sukanya hakim main hadiah yg mama bagi. Siap joget2 sambil tolak kereta. Atuk kata kalau belikan kete camtu tapi ada kipas depannya bagus gak...leh hakim tolong atuk mesin rumput..ha..ha..ha..atuk wat lawak.. Lepas maghrib..mama warnakan tapak kaki dan tangan hakim untuk mama cop atas kertas dan simpan lam album. Esok hakim besar..lehla tgk saiz kaki hakim masa umur satu tahun...

Happy besdey hakim..dah besau dah haaa....bile2 datang kl..singgah le umah kay... Mon 6-Nov-2006 14:21
Posted by:nanie  - [Link]
salam sayang, salam rindu buat akim, dan juga sayang babah yg sorang lagi..ma, hepi besday buat anak babah yang baru sorang ni (hehe..), dah pun setahun, semoga hidupmu sentiasa dirahmati allah, dimurahkan rezeki, dicerahkan hati dan celik pemikiran, jadilah anak yang soleh. Aminnn.. sayang dari babah, Rig Noble Chuck Syring, Offshore Qatar. Thu 9-Nov-2006 15:11
Posted by:babah iniasuh_79@yahoo.com.my
Happy birthday hakim....cakap kat mama hakim...hakim nak besdey present lain la...hakim nak adik la mama!!! Sat 18-Nov-2006 16:25
Posted by:nanie hananinadzirin@yahoo.com  - [Link]
View all 7 comments Add comment


Tuesday, 31-Oct-2006 07:22 Email | Share | | Bookmark
Cerita Hari Raya

hakim di pagi raya lum salin baju
raya kat umah buyut ron..sebelah awek comey tu
keletihan dalam kete
View all 12 photos...
Hari Raya kedua bersama hakim. Raya yang dulu hakim baru berumur 2 hari. Tahun ni la baru dia bijak sikit nak beraya. Penat mama melayan keletah hakim. Apa-apa pun raya kali ni memang sibuk ngan si manja. 1st raya balik umah buyut hakim kat batu pahat. Buyut = moyang dalam bahasa jawa. Meriahnya sebab hakim masih ramai atuk. Tok long, Tok Ngah..sampai x tau nak panggil apa kat uncle mama..dah jadi tok uncle..ha..ha..hakim la sorg yg ada tok uncle. Raya kedua petang baru bertolak ke rumah tok wan di temerloh. Bukan reti nak diam dok lam kete..berebut steering ngan babah...Kat temerloh tak gi memana pun. Yang pasti semua uncle-uncle hakim balik baik yg jauh mahupun dekat. So far collection hakim kali ni banyakla kot..he..he..

Ni ada lagi pic lam digicam babah. Mama x sempat nak upload lagik. Nanti la ek..

Care to comment?


Tuesday, 31-Oct-2006 07:04 Email | Share | | Bookmark
Jalan-jalan bulan pose

hakim ngan babah main kipas
control macho tapi liur leleh
balik rumah keletihan
Hari Jumaat b4 minggu raya mama, babah ngan hakim jalan-jalan Danga Bay pegi Thailand Festive. Kebetulan mama dah ambil cuti raya. Boring dok umah. Nak gi shopping mall orang penuh sangat. Tak beli apa pun.

Care to comment?


Tuesday, 17-Oct-2006 00:01 Email | Share | | Bookmark
Hakim kat rumah baru

 
 
 
View all 6 photos...
A week b4 puasa, we all pindah umah sewa baru semata-mata sebab rumah sewa lama tu dah teruk sangat. Tuan rumah pun cam takmo amik tahu. Alhamdulillah, semua dah selamat dan hakim pun dah selesa dok umah baru. Takdela kutu anjing bersepah lagi sampai masuk lam telinga. Kesian Hakim..bengkak-bengkak telinga dia. Berpuasa kat umah barula kita. Tu tgkla hakim yg seronok dok umah baru tu..dok sibuk asah skill panjat tangga.

akhirnya penantian ku berbaloi... hehehehe
Comel nya Hakim...
Tue 17-Oct-2006 02:22
Posted by:ja  - [Link]
haaa.. dah besar dah hakim.. bila nak ada adik ni.. Tue 17-Oct-2006 02:45
Posted by:aida ----@  - [Link]
Best la Hakim Raye umah baru.....jgn pecahkan lantai umah lagi udah........ Tue 17-Oct-2006 08:33
Posted by:Kudin budie79@yahoo.com  - [Link]
Add comment


Wednesday, 27-Sep-2006 01:01 Email | Share | | Bookmark
Gelagat anak mama

 
 
 
View all 8 photos...
itu dia anak mama Amirul Hakim B Husaini Amir yang dah byk gelagat dia...

comelnyer ...
"Capturing the moments and blooming of colours"
http://www.hasnizamhashim.com
Wed 27-Sep-2006 03:25
Posted by:~ j.e.j.a.k.a ~ FM4555 ~  - [Link]
ko pakai kamera apa ek maya?
suka gambar yg nombor 5.. yg baju kuning tu...
Fri 3-Nov-2006 03:48
Posted by:ja  - [Link]
Add comment


Monday, 11-Sep-2006 07:52 Email | Share | | Bookmark
Hakim yg makin bijak

hakim yg bulat
 
 
View all 12 photos...
Tak sangka dah 10 bulan Al-Hakim ni. Mama rasa sekejap anak mama ni membesar. Tengokla tu koleksi hakim..

Happy 10th Months SAYANG!!!!!!!! Thu 21-Sep-2006 08:16
Posted by:Mummy Alysha  - [Link]
<font size="2" color="#669999" face="verdana"><marquee loop="50" style="scroll"><b>~Assalamualaikum..Maya ~</b></marquee></font> Wed 27-Sep-2006 03:37
Posted by:Wan K
<br>
<embed src="http://www.geocities.com/uwa_chomey/ibrahim.mp3" autostart="true" loop="true" width=170 height=40>
<br>
Wed 27-Sep-2006 04:07
Posted by:Wan K
View all 5 comments Add comment


[<<  <  [1]  2  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.